Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malam tadi (3 Sept) vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar vivo V80 Lite 5G, dengan bateri berkapasiti 10,000mAh menjadi antara tarikan utama peranti terbaharu dalam siri V tersebut.
Pelancaran itu berlangsung di Glass House Showcase yang didirikan di Lot 10, Bukit Bintang bertemakan 10,000mAh Always Powered yang turut menampilkan cabaran ketahanan bersama aktor terkenal, Aedy Ashraf.
Menerusi acara tersebut, vivo mengetengahkan keupayaan bateri V80 Lite 5G untuk menyokong penggunaan sepanjang hari, selain memberi peluang kepada pengunjung melihat sendiri konsep Always Powered yang dibawakan pada peranti berkenaan.
Bateri bateri V80 Lite 5G dapat iktiraf GWR
Menariknya, ketahanan bateri V80 Lite 5G turut menerima pengiktirafan global apabila peranti ini mencipta GUINNESS WORLD RECORD bagi kategori “Siaran Langsung Ujian Produk Elektronik Paling Lama” iaitu dengan tempoh selama 32 jam 37 minit.

Bateri 10,000mAh untuk penggunaan sepanjang hari
vivo V80 Lite 5G menjadi peranti pertama dalam siri V yang hadir dengan bateri berkapasiti 10,000mAh, dengan fokus diberikan kepada ketahanan penggunaan tanpa menjejaskan reka bentuk peranti.
Bateri tersebut menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging daripada vivo, yang membolehkan peranti menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif.

Dalam masa sama, vivo turut melengkapkan peranti ini dengan teknologi Kuasa Stabil sehingga 45°C, sesuai dengan keadaan cuaca panas di Malaysia.
Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC pula membantu mengawal suhu peranti ketika digunakan untuk aktiviti yang lebih mencabar, termasuk ketika berada di bawah cahaya matahari.
Bagi penggunaan ketika bateri hampir habis, fungsi Battery Life Extender memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya 1%.
V80 Lite 5G juga menyokong Reverse Charging, membolehkan peranti digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain termasuklah telefon pintar dan fon telinga TWS.
Dari segi ketahanan jangka panjang, vivo menggunakan algoritma pengecasan yang dibangunkan sendiri bersama sistem perlindungan enam lapisan. Teknologi tersebut direka untuk membantu mengekalkan kesihatan bateri, dengan kapasiti dikekalkan pada sekurang-kurangnya 80% selepas enam tahun penggunaan.

Ketahanan direka untuk kegunaan harian
Selain bateri, aspek ketahanan fizikal turut menjadi antara fokus vivo pada V80 Lite 5G.
Peranti ini telah melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan dan mempunyai ketahanan jatuh sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet serta satu meter di atas pelbagai permukaan keras.
Ia turut membawa penarafan IP68 dan IP69, yang membolehkan peranti bertahan dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit.
vivo turut mendakwa V80 Lite 5G mampu bertahan dalam hujan lebat berterusan selama 24 jam, kitaran mesin basuh serta pendedahan kepada 27 jenis cecair yang biasa ditemui dalam kehidupan seharian.
Perlindungan habuk bertaraf IP6X pula membantu melindungi peranti daripada habuk pembinaan, ribut pasir dan pasir pantai.
Untuk perlindungan skrin, peranti ini mampu bertahan sehingga 2,500 kitaran ujian calar tanpa meninggalkan kesan yang ketara.
Skrin sentuhnya juga masih responsif ketika digunakan dengan tangan yang basah atau berminyak, termasuk ketika hujan atau melakukan aktiviti fizikal.
Skrin OLED 1.5K 120Hz dengan kecerahan 2,000 nits
Dari segi reka bentuk, vivo V80 Lite 5G tampil dengan bucu yang lebih bulat serta bezel ultra nipis berukuran hanya 1.35mm, menghasilkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.47%.
Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu:
- Afterglow Pink
- Emerald Green
- Dawn Black
Peranti ini menggunakan skrin 1.5K High-Brightness OLED 6.83 inci yang mampu mencapai kecerahan sehingga 2,000 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi.
Dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongan paparan 1.07 bilion warna, skrin tersebut turut direka untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar.
Pengalaman audio pula dipertingkatkan menerusi Dual Stereo Speakers dengan Algoritma VEQ, yang membantu menghasilkan bass lebih dalam dan bertenaga.
Bagi penggunaan harian, vivo turut menyediakan Sleep Comfort Mode yang meningkatkan suhu warna skrin secara beransur-ansur sebelum waktu tidur bagi mengurangkan cahaya biru.
Sementara itu, Gaming Eye Protection membantu mengurangkan keletihan mata ketika sesi permainan yang lebih panjang.
Kamera 50MP dengan beberapa ciri AI
Untuk fotografi, vivo V80 Lite 5G dilengkapi Kamera Utama Sony 50MP bagi merakam gambar harian dengan perincian yang lebih baik.
Kamera swafoto pula menggunakan sensor 32MP HD dengan medan pandangan 90°, membolehkan lebih ramai individu dimuatkan dalam satu foto dengan kurang herotan sudut lebar.
Antara ciri yang turut disertakan ialah Check-In Watermark, yang boleh menambah maklumat masa dan lokasi secara automatik pada foto.
Fungsi AI Erase pula membolehkan pengguna membuang individu atau pantulan yang tidak diingini daripada gambar dengan satu ketikan.
Harga dan tempahan awal
vivo V80 Lite 5G kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Afterglow Pink, dengan harga bagi tempahan awal bermula dari RM1,399.
Bagi pembelian secara ansuran, pelanggan boleh mendapatkannya serendah RM124.92 sebulan untuk tempoh 12 bulan dengan kadar faedah 0%.
Selain itu, pembeli boleh menikmati penjimatan sehingga RM150 melalui SPayLater, serta rebat tambahan RM100 menerusi pelan ansuran bank.

Tempahan awal dibuka mulai hari ini hingga 11 September 2026 di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian.
Pembeli tempahan awal boleh menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector bernilai RM699, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder bernilai RM119.
Turut ditawarkan ialah manfaat vivo Care seperti waranti bateri selama empat tahun, waranti lanjutan selama 365 hari dan waranti perlindungan penutup belakang selama satu tahun.
Selain itu, vivo V80 Lite 5G akan menerima teknologi Extended RAM mulai 24 September 2026. Ciri tersebut menggunakan pengoptimuman perisian untuk memberikan pengalaman multitugas yang lebih lancar serta meningkatkan prestasi keseluruhan peranti.
Tonton video kami di bawah:
@buzzkini Bukan biasa-biasa geng, vivo dengan peranti vivo V80 Lite 5G kali ni ‘menyengat’ sampai dapat Rekod Dunia Guinness! Dengan bateri sebesar 10,000mAh, memang sesuai sangat untuk kaki gaming kat Malaysia. Power kekal steady & anti frame-drop kalau korang lenjan bawah cuaca 45°C sekalipun! Paling best, bateri dia boleh jadi penyelamat korang di saat genting sebab phone ni boleh bertukar jadi portable powerbank dan boleh charge sampai 10 phone lain! Tempah sekarang untuk dapatkan harga promosi serendah RM1,399 mulai 3 September hingga 11 September ini, memang berbaloi habis untuk phone macamni. So tunggu apa lagi? Jom grab sekarang! #vivoV80Lite #vivoMalaysia #10000mAhAlwaysPowered #GuinnessWorldRecords ♬ original sound – BuzzKini





