Vivo Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli peranti mereka kerana terdapat laporan peranti palsu dijual di Malaysia. Bagi memudahkan orang ramai memeriksa ketulenan peranti yang dibeli, mereka boleh mengakses laman khas yang memeriksa nombor IMEI 1.

Pemilik peranti perlu pergi ke laman semakan IMEI Vivo Malaysia dan memasukkan nombor tersebut ke dalam kotak carian. Sekiranya peranti adalah tulen, maklumat lengkap mengenai peranti akan dipaparkan seperti tempoh jaminan, nama model dan juga waran peranti. Sebaliknya berlaku jika ia adalah sebuah peranti palsu.
Untuk sebarang bantuan, pelanggan Vivo juga boleh menghubungi talian hotline 1800-81-2836. Pengesahan lanjut dan bantuan tambahan akan diberikan oleh pegawai pelanggan. Di bawah ialah senarai 24 model-model yang telah dikenal pasti sebagai biasa sasaran pemalsuan.
- S1
- S1 Pro
- V11l
- V15
- V3
- V9
- V9 Youth
- Y11
- Y12
- Y17
- Y19
- Y20
- Y31
- Y50
- Y55
- Y66
- Y67
- Y71
- Y7S
- Y81
- Y83
- Y85
- Y93
- Y93s




