
Boleh dikatakan sejak awal hubungan lagi, pasangan Shuib dan Watie Hanifiah sering terima kecaman daripada orang ramai, namun mereka tetap mendiamkan diri.
Terbaharu, Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhammad ada memuat naik foto bersama isteri bermain golf dengan meletakkan kapsyen ‘pertama kali’.
View this post on Instagram
Tetapi hal yang menjadi perhatian apabila ada beberapa netizen yang mempertikaikan berkenaan kapsyen tersebut.
Dapat dilihat dalam ruangan komen, beberapa netizen mendakwa bahawa itu bukanlah kali pertama pasangan tersebut bermain golf bersama kerana pernah timbul spekulasi sebelum ini Watie bermain golf dengan Shuib.

Tidak mendiamkan diri, ibu Shuib, Salamiah Jalani tampil mempertahankan anak serta menantunya dengan menulis di ruangan komen.
Kata ibu Shuib, sewaktu arwah (Siti Sarah) masih hidup, mereka berdua belum pernah bermain golf bersama-sama.

Dalam pada masa yang sama, ada juga beberap netizen menegur penampilan Watie dalam foto tersebut yang dikatakan seksi serta memerli tudungnya sudah ‘terbang’ kerana hanya memakai topi sewaktu beriadah.
"Happy Shuib Lama Tak Mendayung.." - Komen L*cah Warga TikTok Di Video 'Honeymoon' Shuib & Watie Jadi Tumpuan
The post “Yeke Kali Pertama? Sebelum Ni Macam..” – Kapsyen Main Golf Bersama Dipersoal, Tapi Ibu Shuib Tak Diam Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

