Vivo kini mengesahkan kehadiran rasmi peranti boleh lipat terbarunya X Fold5 ke Malaysia selepas beberapa generasi tidak ditawarkan secara tempatan. Pelancaran ini menandakan kali pertama vivo membawa masuk siri peranti boleh lipatnya ke Malaysia yang dijangka memberi saingan sihat dalam kalangan pengeluar peranti lipat sedia ada.

Walaupun tarikh pelancaran sebenar masih dirahsiakan, X Fold5 dipercayai akan hadir dengan spesifikasi sama seperti versi di China. Antara tumpuan utama ialah penggunaan sistem kamera ZEISS yang mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi, dipadankan dengan reka bentuk tubuh yang elegan dan kemasan premium dalam kelasnya.
Selain penampilan bergaya, peranti tersebut turut direka untuk meningkatkan rutin harian pengguna dengan bantuan AI seperti Origin Workbench, DocMaster dan Smart Call Assistant bagi menyokong peralihan yang lancar antara tugasan kerja dan peribadi tanpa gangguan.


