Vivo OriginOS 5 Dilancarkan Dengan Atomic Island dan Pelbagai Ciri AI

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri iPhone 15 memperkenalkan Dynamic Island yang membolehkan takuk kamera berubah bentuk secara dinamik bagi memberikan kawalan aplikasi muzik, aplikasi video dan pelbagai notifikasi penting peranti tanpa perlu membuka aplikasi pada skrin penuh. Ciri ini telah menjadi ikutan pengeluar Android dengan Vivo memperlihatkan pula rekaan Atomic Island mereka serentak dengan pengumuman sistem operasi baharu OriginOS 5.

image is not available

Penggunaan nama Atomic Island digunakan kerana menurut Vivo lebih banyak kawalan aplikasi dapat dilakukan berbanding Dynamic Island. Tangkapan layar yang dikongsi menunjukkan terdapat pintasan pantas melancarkan aplikasi disokong bersama dengan ciri lazim kawalan muzik, video, aplikasi, pengecasan bateri dan maklumat kaji cuaca terkini.

image is not available

Atomic Island akan diberikan kepada peranti Vivo menerusi kemas kini OriginOS 5 yang berasaskan Android 15 kelak. Maklumat seperti alamat misalnya boleh ditarik masuk ke Atomic Island untuk membuka terus aplikasi GPS atau melakukan carian yang lebih mendalam.

image is not available

OriginOS 5 juga mempunai kemampuan kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama Xiao V. Xiao V boleh melakukan alih bahasa panggilan telefon atau telesidang secara masa nyata. Ia turut boleh melakukan carian imej yang sama seperti Google Circle to Search serta menjawab soalan matematik dengan jalan kerja lengkap.

Bagi yang tidak begitu arif menulis, Xiaomi V boleh mengubah apa yang ditaip kepada tona penulisan yang berbeza. Disamping itu Vivo berkata OriginOS 5 membuka aplikasi 15% lebih pantas dan masa pertukaran aplikasi juga 25% lebih lancar. OriginOS 5 akan membuka sesi ujian Beta terbuka pada bulan November untuk peranti terpilih.