Circle to Search Tiba Ke Siri Honor 200 Dan Magic V3

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri Circle to Search with Google adalah ciri yang memudahkan proses carian pelbagai maklumat dalam aplikasi dan kamera tanpa perlu tanpa perlu melakukan tangkapan layar terlebih dahulu. Secara asasnya, pengguna hanya perlu membuat bulatan kemudian tekan pada mana-mana bahagian skrin untuk memilih teks atau imej untuk carian lebih lanjut.

image is not available
Honor 200 Pro

Dalam perkembangan terkini, penawaran ini dilihat diberikan pula kepada peranti android lain termasuk siri Honor 200 dan Magic V3. Ini menjadikan ciri Circle to Search boleh diakses menerusi peranti terkini keluaran Honor dan kemaksini diperlukan untuk tujuan tersebut. Pada masa ini tidak jelas sama ada ciri ini akan diperluskan ke peranti-peranti Honor yang lain atau sebaliknya. Pun begitu, pengenalan ini masih boleh dianggap menarik boleh digunakan oleh lebih ramai pengguna.

image is not available
Honor Magic V3

Untuk rujukan, siri Honor 200 sedia ditawarkan di Malaysia dengan harga RM2,499 untuk versi pro. Sementara itu Honor 200 pula masing-masing kini berharga RM1,999 (12/512GB) dan RM1,699 (12/256GB). Sementara itu Honor Magic V3 boleh dimiliki pada RM6,999 (12/512GB) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved