Vivo T2 Pro 5G Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Cip Dimensity 7200

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 7:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo T2 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi kelas pertengahan. Ia juga menjadi peranti pelengkap kepada dua lagi siri Vivo T2 yang diumumkan sebelum ini.

image is not available

Secara khususnya peranti ini dilengkapi dengan skrin sebesar 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan pula dengan cip Dimensity 7200, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Turut dimuatkan adalah bateri 4,600mAh dengan pengecasan 66W, di samping kamera utama 64MP OIS + 2MP dan kamera swafoto sebesar 16MP.

image is not available

Ia juga menyokong ciri Aura Light yang amat berguna untuk tangkapan gambar dalam pencahayaan malap. Peranti ini dijual pada Rs. 23,999 (8/128GB) dan Rs. 24,999 (8/256GB) tanpa maklumat lanjut mengenai penawarannya di Malaysia