Vivo Tawar Fotografi Kit Di Malaysia – Harga Bermula RM599

LocalTechnology
13 Nov 2025 • 5:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo turut hadir dengan penawaran eksklusif Fotografi Kit khusus untuk telefon terbaharu mereka, siri vivo X300. Bagi yang berminat, kit ini ditawarkan pada harga RM999 (untuk X300 dan X300 Pro) dan RM599 (khas untuk X300 Pro).

image is not available

Namun begitu, ia boleh dimiliki pada harga lebih rendah iaitu RM699 dan RM419 apabila dibeli bersama peranti siri X300 melalui promosi Purchase with Purchase (PWP).

image is not available

Fotografi Kit ini merangkumi pelbagai aksesori menarik seperti Phone Strap, Phone Case, Decorative Ring, Teleconverter Extender, Lens Adapter Ring dan Imaging Grip yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman fotografi anda bersama siri vivo X300.

image is not available

Dapatkannya sekarang melalui pra tempahan dan untuk maklumat lanjut mengenai siri X300 boleh merujuk artikel sebelum ini.