Xiaomi Watch S3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM699

TechnologyDigital
7 Mar 2024 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dijanjikan barisan peranti boleh pakai Xiaomi turut dikemaskini dengan variasi baharu pada hari ini. Xiaomi Watch S3 diumumkan dengan pelbagai ciri menarik, dan paling menonjol sudah tentunya kebolehan bezel yang boleh ditukar ganti.

image is not available

Ia diperbuat daripada logan dan boleh diganti dengan mudah mengikut kesesuaian gaya semasa. Dalam masa sama turut boleh menukar antaramuka jam secara automatik berdasarkan warna dan gaya bezel itu sendiri.

Seterusnya skrin adalah sejenis AMOLED sebesar 1.43-inci dengan resolusi 466 X 466 piksel. Diikuti juga dengan fungsi AOD yang boleh diaktifkan sekiranya perlu, selain menjalankan sistem operasi HyperOS yang sepatutnya mampu menawarkan pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

image is not available

Terdapat juga sokongan multi-GPS serta kemampuan memantau kesihatan standard pengguna secara menyeluruh. Dalam masa sama turut memuatkan lebih 150 mod sukan terbina dan kalis air 5ATM yang boleh dibawa berenang dengan kedalaman 50 meter.

image is not available

Ia juga boleh beroperasi sehingga 15 hari melalui bateri 486mAh. Bagi yang berminat Xiaomi Watch S3 boleh didapati di Malaysia pada harga RM699 seutas. Namun turut boleh dibeli dengan harga promosi serendah RM549 untuk masa terhad sehingga 22 Mac 2024. Ketersediaannya adalah melalui laman web dan pengedar rasmi Xiaomi di seluruh Malaysia.