Vivo V60 telah dilancarkan secara rasmi di India sebagai kesinambungan kepada model sebelum dengan fokus utama pada sistem kamera potret. Ia mengekalkan rekaan nipis dan menampilkan elemen X200FE pada modul kamera belakang.

Peranti dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.77″ dengan resolusi 2392 × 1080 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 5000 nits. Dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, peranti hadir dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Ia menjalankan sistem operasi Android 15 berasaskan FuntouchOS 15 yang menyokong pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan seperti AI Eraser 3.0, AI Captions, AI Smart Call dan Gemini.

Sistem kamera terdiri daripada kamera hadapan 50MP manakala di belakang terdapat empat kamera dengan tetapan 50MP (OIS) + telefoto 50MP (OIS) + telefoto 50MP + ultra lebar 8MP. Kesemua kamera dibangunkan bersama ZEISS dan menyokong ciri seperti 10X telephoto Stage Portrait, AI Hyper Zoom, AI Aura Light Portrait 2.0, AI Magic Move serta mod eksklusif seperti Wedding Vlog dan Portrait Studio untuk pasaran India.

Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 6500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W. Ia mempunyai ketahanan air IP68/IP69 dan menyokong fungsi One Tap Water Ejection yang membolehkan peranti direndam dengan kedalaman 1.5m sehingga 120 minit. Vivo juga telah mengesahkan bahawa peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
