Spesifikasi Peranti V60 Disenaraikan Melalui Laman Web Rasmi Vivo Malaysia

LocalTechnology
6 Aug 2025 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia bakal melancarkan model terbaru Vivo V60 dengan spesifikasi utama yang didapati telah tersenarai di laman web rasmi. Reka bentuk peranti ini mengekalkan binaan nipis dan melengkung mirip model Vivo V50 dan X200 FE. Ia turut dilihat tampil elegan dan moden sesuai dengan identiti siri V.

image is not available

Vivo V60 dilengkapi sistem kamera ZEISS dengan tiga sensor utama 50MP + 50MP + 8MP serta kamera swafoto 50MP. Ia menyokong 10X Telephoto Stage Portrait dengan OIS dan ZEISS Multifocal Portrait yang menawarkan pelbagai gaya ZEISS Style Bokeh. Ciri AI Four Season Portrait turut diperkenalkan bagi penghasilan semula gambar berdasarkan empat musim dengan tera air khas.

image is not available

Dari segi prestasi, peranti ini menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama 12GB RAM dan tambahan 12GB RAM maya. Ia menjalankan Funtouch OS 15 berasaskan Android 15, dengan pelbagai ciri AI terkini. Vivo V60 hadir dengan bateri 6500mAh dan pengecasan pantas 90W. Ia juga mempunyai penarafan kalis air IP68/IP69. Buat masa ini, vivo dilihat masih berteka-teki mengenai tarikh pelancaran rasmi.