Vivo V70 Elite Dan V70 Kini Rasmi –  Tubuh Berkotak Dan Kamera ZEISS 50MP

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 4:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo secara rasminya melancarkan V70 dan V70 Elite di India. Vivo menggunakan semula reka bentuk tubuh persegi yang pernah digunakan pada model V23 selepas beberapa generasi hadir dengan skrin melengkung. Kedua-dua model ini berkongsi sebahagian besar perkakasan dalaman namun perbezaan utama terletak pada cip pemprosesan serta kapasiti memori dan storan.

image is not available

Versi standard iaitu Vivo V70 dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan pilihan 8GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.1. Sementara itu, Vivo V70 Elite menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3 bersama pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Konfigurasi memori dan storan ini mungkin berbeza mengikut pasaran di setiap rantau.

image is not available

Dari segi paparan, kedua-duanya hadir dengan skrin AMOLED 6.59 inci FHD+, menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Bahagian kamera pula menampilkan sistem utama dengan tetapan 50MP ZEISS (OIS) + 50MP ZEISS telefoto (OIS) + 8MP ZEISS ultra-lebar manakala kamera hadapan sebesar 50MP turut menggunakan teknologi ZEISS.

image is not available

Bateri berkapasiti 6500mAh disediakan dengan sokongan pengecasan pantas 90W, di samping melepasi penarafan kalis air IP68 dan IP69. Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan Bluetooth 5.4, pembesar suara stereo serta antaramuka OriginOS 6 berasaskan Android 16 yang memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar.