Rekaan Vivo V70 Dan V70 Elite Dengan Tubuh Berkotak Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
4 Feb 2026 • 1:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Vivo V70 kini mula disenaraikan menerusi laman web rasmi di India. Menariknya, penjenamaan kali ini tampil berbeza apabila tiada lagi model Pro sebaliknya digantikan dengan versi Elite. Sementara itu, model standard masih dikekalkan sebagai satu lagi pilihan yang ditawarkan kepada pengguna.

image is not available

Dari segi rekaan, jelas kelihatan perubahan ketara berbanding generasi sebelum ini. Peranti kini hadir dengan bentuk berkotak dan tidak lagi melengkung selari dengan trend semasa dalam industri. Namun begitu, ini bukanlah kali pertama vivo menggunakan rekaan berbentuk petak kerana pendekatan sama pernah diperkenalkan pada model V23 sebelum ini.

image is not available

Selain itu, siri ini dijangka memberi fokus besar terhadap keupayaan potret berdasarkan slogan ‘ZEISS Portrait So Pro’ yang digunakan dalam kempen pengiklanan peranti. Ia turut disokong dengan sistem tri-kamera 50MP yang menjadi tunjang utama termasuk untuk rakaman swafoto.

image is not available

Pilihan warna juga menyerlah dengan salah satunya, Passion Red yang dilihat lebih sekadar warna biasa. Lebih banyak varian warna dijangka akan diperkenalkan kelak. Dari segi prestasi, peranti ini akan dikuasai cip Snapdragon 8s Gen 3.

Walaupun bukan cip paling terkini, ia sekurang-kurangnya menjadi peningkatan berbanding Snapdragon 7 Gen 4 yang digunakan sejak dua generasi sebelum ini. Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada cip ini akan digunakan pada semua model atau hanya varian tertentu.

image is not available

Bateri pula hadir dengan kapasiti besar 6500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 90W. Sebagai tambahan, peranti ini turut melepasi penarafan kalis air IP68 dan IP69 untuk memberikan perlindungan lebih baik untuk kegunaan harian.