Vivo V70 FE Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalTechnology
31 Mar 2026 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo kini dalam persediaan untuk memperkenalkan model baharu V70 FE bagi pasaran Malaysia. Perkara ini disahkan oleh vivo melalui perkongsian terkini mereka namun tarikh pelancaran masih dirahsiakan.

image is not available

Dari segi rekaan, ia dilihat hampir menyerupai vivo V50 Lite 5G manakala pilihan warna yang ditawarkan termasuk Titanium Silver, Muse Purple dan Ocean Blue. Dalam masa sama, mereka turut mengesahkan kumpulan Dolla sebagai duta produk untuk mempromosikan model baharu ini.

image is not available

Peranti ini disahkan hadir dengan sistem kamera utama 200MP yang menyokong AI 30x Super Zoom serta algoritma telefoto terkini untuk menangkap subjek jauh dengan perincian lebih baik. Selain itu, ia juga merupakan peningkatan menarik berbanding sensor 50MP pada model V60 Lite 5G. Sementara itu, spesifikasi selebihnya masih dirahsiakan buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved