Vivo V80 Lite 5G Dengan Bateri 10,000mAh Akan Ke Malaysia Pada 3 September 2026

LocalTechnology
21 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V80 Lite 5G Dengan Bateri 10,000mAh Akan Ke Malaysia Pada 3 September 2026

Trend peranti bateri besar makin rancak di Malaysia. Selepas Realme dan REDMI, kini giliran vivo pula menyertai gelombang ini melalui model V80 Lite 5G yang hadir dengan bateri berkapasiti 10,000mAh.

Walaupun kapasiti bateri ini besar, vivo menekankan bahawa peranti ini tetap ringan dan nipis untuk kegunaan harian. Keupayaan tersebut dicapai melalui penggunaan teknologi silicon anode generasi keempat serta Magic Cube Battery Packaging. Menariknya, ia turut menyokong fungsi pengecasan berbalik (reverse charging) yang membolehkan telefon ini berfungsi sebagai power bank untuk peranti lain.

Dari segi rekaan, vivo hadir dengan gaya lebih segar melalui pilihan warna seperti Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black. Setiap warna ini membawa identiti tersendiri untuk menjadikan V80 Lite sesuai dijadikan aksesori gaya hidup menarik untuk pengguna moden. Pelancarannya di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 3 September 2026,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved