IQOO Z11s Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh

TechnologyDigital
19 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO Z11s Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh

IQOO Z11s diperkenalkan di China sebagai peranti pertama keluaran mereka dengan bateri 10,000mAh. Bateri berketumpatan tinggi ini dibangunkan bersama CATL melalui inovasi Magic Cube Packaging 2.0 bagi membolehkan kapasiti besar dimuatkan dalam tubuh peranti yang nipis.

Image from: IQOO Z11s Dilancarkan Dengan Bateri 10,000mAh

IQOO Z11s hadir dengan skrin AMOLED 6.83″ beresolusi 2800 × 1260 piksel, kadar segar semula 144Hz dan 10-bit warna. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 7500 dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan storan 512GB. Bateri 10,000mAh digunakan di sini dengan sokongan pengecasan pantas 44W. Melengkapinya ialah sistem kamera yang menggabungkan sensor utama 50MP (f/1.8) manakala swafoto 8MP hadir bersama fungsi autofokus.

Harga jualan di China bermula CNY1,999 (~RM1,083) namun tiada maklumat mengenai penawaran di Malaysia setakat ini.

Sumber – iQOO Z11S

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved