Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399

LocalTechnology
19 Nov 2026 • 4:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399

Vivo Malaysia secara rasmi melancarkan Vivo V80 untuk pasaran Malaysia. Seperti generasi terdahulu, siri ini terus memfokuskan kepada fotografi potret ZEISS, di samping hadir dengan kemasan StarWish Purple yang menjadi salah satu pilihan warna utama.

Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399

Vivo V80 menggunakan kemasan 3D Stellar Design yang menghasilkan kesan galaksi tiga dimensi apabila terkena cahaya. Peranti ini turut meneruskan fokus siri V terhadap fotografi potret menerusi kamera utama 50MP ZEISS OIS dan telefoto 50MP ZEISS Super Telephoto OIS serta menawarkan mod ZEISS 100mm Center-Stage Portrait dan ZEISS 85mm Portrait. Vivo turut menyertakan pelbagai ciri berasaskan AI untuk penghasilan dan suntingan gambar termasuk AI Creative Camera.

Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399
Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399

Turut disertakan adalah bateri 7200mAh BlueVolt sekali gus menjadikannya antara model dengan kapasiti terbesar yang pernah ditawarkan dalam siri V serta menyokong pengecasan pantas 90W. Tunjang utamanya dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB. Skrin AMOLED 6.59 inci yang digunakan pula menawarkan resolusi 2750 × 1260 piksel, kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits.

Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399
Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399
Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399

Bagi yang berminat, vivo V80 dijual di Malaysia pada harga RM2599 (8GB+128GB), RM2,899 (8GB+256GB) dan RM3,499 (8GB+512GB). Bersempena pelancarannya, vivo turut menawarkan rebat eksklusif RM200 sekali gus menjadikan harga jualan bermula RM2,399 (8GB+128GB) RM2,699 (8GB+256GB) dan RM3,299 (8GB+512GB). Pembeli turut akan menerima pakej pra-tempahan eksklusif bernilai sehingga RM2,042.

Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399
Image from: Vivo V80 Rasmi Di Malaysia – Kamera ZEISS 50MP Dan Harga Serendah RM2399
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved