Vivo Watch 3 Dengan BlueOS Turut Diumumkan Di Malaysia – Harga Bermula RM899

TechnologyDigital
22 Aug 2024 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengenalan Vivo Watch 3 turut melengkapi ekosistem peranti terkini jenama itu yang dilancarkan pada hari ini. Ia ditawarkan dalam satu saiz iaitu 46mm yang digunakan dalam dua pilihan rekaan tubuh bersama tali sejenis silikon lembut atau kulit. Ini dipadankan juga tombol berputar pada sisi kanan bagi tujuan menavigasi antaramuka, kemudian diikuti dengan satu butang kedua di bawahnya.

image is not available

image is not available

Selain itu skrin adalah sejenis AMOLED sebesar 1.43″ yang yang menyokong resolusi 444 X 466 piksel dan ciri Always-On-Display. Ia juga menjalankan BlueOS yang merupakan sistem operasi tersendiri Vivo dengan sokongan kedai aplikasi terbina. Diikuti dengan bateri berkapasiti 505mAh yang boleh bertahan hingga 16 hari.

image is not available

image is not available

Sensor terbina Star Ring Health Monitoring Sensor juga disertakan dengan gabungan teknologi analisis kadar jantung berasaskan AI untuk kemampuan menjejak lebih baik. Turut melengkapi jam tangan ini adalah kalis air 5ATM, GPS, LTE dan NFC. Bagi yang berminat, Vivo Watch 3 tersedia dalam warna White Leather dan Black Sport dengan harga RM899 (Sport) dan RM999 (Leather) seutas.