Vivo X Fold 2 Tertiris Dengan Rekaan Diperbaharui Dan Bonggol Kamera Tebal

TechnologyDigital
31 Mar 2023 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available


Diantara petanda semakin dekatnya pelancaran untuk sesebuah produk ialah banyak maklumat mengenainya yang tertiris. Bukan itu sahaja, malahan rekaan juga akan mula didedahkan tidak kira sama ada menerusi gambar atau video yang tular. Misalnya seperti apa yang berlaku pada peranti dengan skrin boleh lipat baharu Vivo X Fold 2.

image is not available

Generasi baharu ini akan menerima kemaskini serba baharu khususnya dari segi rekaan panel belakang. Pertama kali peranti ini mula diperlihatkan ialah sewaktu Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023. Ia menunjukkan peranti dalam warna Merah yang dipegang oleh Naib Presiden Eksekutif Vivo, Hu Baishan dan Setiausaha Agung Forum Boao, Li Baodong. Namun kini ia diperlihatkan dengan lebih lagi menerusi beberapa imej sebenar tular.

image is not available

Seperti sebelumnya, peranti menggunakan konsep paparan yang boleh dilipat pada bahagian dalam. Seterusnya dicantumkan pula dengan sebuah skrin sekunder di bahagian luar. Skrin adalah sejenis berlubang untuk kedua-dua bahagian yang juga menyokong kamera swafoto tunggal. Ia juga masih mengekalkan panel belakang diperbuat daripada bahan berasaskan kulit.

image is not available

Pun begitu, panel ini tidak sepenuhnya bertekstur sebaliknya turut terdapatnya kemasan berkilat seakan glossy. Tiada lagi bonggol kamera persegi yang besar, sebalikanya ianya kini hanya berbentuk bulat dan masih tebal. Peranti juga masih menggunakan sistem kamera ZEISS ekoran penjenamaannya boleh dilihat dengan jelas.

image is not available

Maklumat mengenai perkakasan dalaman peranti agak terhad buat masa ini. Ia bagaimanapun dikatakan menjadi peranti dengan skrin boleh lipat pertama yang menyokong cip Snapdragon 8 Gen 2. Markah penanda arasnya juga telah tertiris dengan mata keseluruhan melebihi 1,000,000 mata.