Vivo X Fold3 Akan Dilancarkan Di China Pada 26 Mac 2024

TechnologyDigital
18 Mar 2024 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X Fold 3 telah mula diacah secara rasmi melalui kemaskini di Weibo. Seperti sebelumnya peranti menggunakan konsep paparan yang boleh dilipat pada bahagian dalam. Kedudukan bonggol kamera utama pada bahagian tengah menjadikan peranti kelihatan simetri dari belakang. Dalam masa sama masih menggunakan lensa ZEISS sebagai pelengkap.

image is not available

Butiran mengenai spesifikasi masih belum didedahkan secara rasmi namun pernah tertiris sebelum ini menerusi laporan Gizmochina. Ia didakwa boleh menawarkan tubuh lebih nipis dan ringan. Seterusnya memuatkan bateri 5,000mAh yang boleh dicas semula menggunakan pengecasan berwayar 120W dan nirwayar 50W.

image is not available

Pelancaran baharu OriginOS 4 juga boleh digunakan dengan beberapa ciri yang akan memudahkan pengguna. Ia turut boleh didorong oleh kecerdasan buatan untuk meningkatkan pengalaman peranti pintar secara menyeluruh. Peranti juga menyokong tri-kamera utama dengan dua daripadanya terdiri dengan sensor utama 50MP dan telefoto 64MP.

Dipadankan pula dengan skrin utama 8.03-inci yang akan menyokong resolusi 2K dan kecerahan puncak 3000nits. Selain mempunyai pengimbas cap jari di skrin dan cip pemprosesan Snapdragon siri-8. Bagi melihat sejauh mana kebenaran kesemua ini nantikan pelancaran rasminya di China pada 26 Mac 2024.