vivo X Fold5 — Satu Peranti Untuk Pelbagai Keperluan

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

vivo X Fold5 direka khas untuk mereka yang mementingkan kecekapan dalam setiap rutin harian. Ia merupakan antara telefon boleh lipat bersaiz besar yang ringan di pasaran lantas memberi keseimbangan hebat antara prestasi dan kemudahan penggunaan. Rekaannya yang nipis dan premium bukan sekadar menawan mata, malah memberi keselesaan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.

image is not available

Apabila dibuka, ia berubah menjadi ruang kerja pintar yang menyokong tugasan harian dengan efisien. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana inovasi pintar dalam peranti ini mampu meningkatkan kehidupan anda setiap hari.


Produktiviti Di Hujung Jari Dengan Origin Workbench

Origin Workbench ialah ciri khas dalam vivo X Fold5 yang direka untuk meningkatkan produktiviti harian anda. Ia membuka ruang kerja ke tahap baharu sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kecekapan setiap masa. Melalui ciri ini, anda boleh membuka sehingga lima aplikasi aktif secara serentak dalam satu paparan yang stabil dan jelas. Tiada gangguan seperti tetingkap bersilih ganti atau aplikasi tergantung. Setiap aplikasi kekal aktif dan mudah dicapai, menjadikan kerja harian lebih tersusun.

image is not available

Bar tugas terbina bersama pratonton masa nyata memudahkan anda bertukar antara aplikasi dengan pantas. Anda boleh kekalkan fokus sepenuhnya terhadap tugasan utama. Susun aplikasi mengikut keutamaan anda. Letakkan kerja penting di bahagian tengah, hiburan di sisi dan komunikasi mudah dicapai tanpa perlu menukar paparan.

Sama ada anda sedang menyiapkan laporan, menjawab panggilan telefon atau menonton kandungan kegemaran, semuanya berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Berbanding sesetengah peranti boleh lipat yang hanya menyokong dua atau tiga aplikasi aktif, Origin Workbench memberi kebebasan penuh untuk multi-tugas.

image is not available


Shortcut Button Yang Faham Rutin Harian Anda

Shortcut Button dalam vivo X Fold5 direka khas untuk individu yang sibuk dan sentiasa mengutamakan kecekapan dalam rutin harian. Dengan hanya satu sentuhan, pengguna boleh melancarkan aplikasi kegemaran serta fungsi penting seperti kamera, mod senyap, penulisan nota atau rakaman suara tanpa perlu membuka skrin utama.

image is not available

Fungsi ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga mengurangkan keperluan untuk menatal atau mencari aplikasi secara manual. Butang ini menyokong pelbagai tindakan segera yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup pengguna. Antaranya termasuk menukar mod dering kepada getar atau senyap, menghidupkan lampu suluh, merakam audio serta mengaktifkan AI Captions yang menukar suara kepada teks secara masa nyata.

Pengguna juga boleh menetapkan aplikasi yang paling kerap digunakan untuk akses pantas. Shortcut Button menjadikan penggunaan harian lebih mudah dan pantas. Ia adalah penyelesaian pintar yang direka untuk anda yang sentiasa mengutamakan kecekapan dan kawalan dalam setiap sentuhan.

image is not available

image is not available


Smart Call Assistant Untuk Panggilan Lebih Bermakna

vivo X Fold5 dilengkapi dengan Smart Call Assistant yang direka khusus untuk meningkatkan kefahaman anda terhadap perbualan telefon. Ciri ini menggabungkan dua fungsi utama yang beroperasi secara berasingan iaitu AI Call Translation dan Smart Summary untuk membantu anda mengurus panggilan dengan lebih efisien.

AI Call Translation membolehkan anda melihat perbualan dalam bentuk teks bersama terjemahan secara masa nyata terus di skrin semasa panggilan berlangsung. Anda juga boleh mendengar terjemahan melalui bacaan suara automatik, menjadikan komunikasi dua hala lebih lancar walaupun antara bahasa yang berbeza.

Fungsi ini menyokong pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Melayu, Hindi, Mandarin, Jepun, Korea, Arab, Sepanyol dan banyak lagi. Sementara itu, Smart Summary berfungsi untuk memaparkan transkrip panggilan secara langsung dan menghasilkan ringkasan automatik sebaik sahaja panggilan berakhir. Ini membolehkan anda mengenal pasti maklumat penting serta tugasan susulan tanpa perlu mendengar semula keseluruhan rakaman. Ringkasan ini juga disimpan untuk rujukan dan pengurusan yang lebih teratur. Perlu diingat bahawa AI Call Translation dan Smart Summary tidak boleh digunakan serentak dalam satu panggilan.


AI Captions Boleh Tukar Audio Jadi Teks Secara Masa Nyata

Melengkapi ciri tersebut, AI Captions hadir sebagai alat harian yang memudahkan pengguna memahami perbualan dengan lebih jelas dalam pelbagai situasi. Sama ada semasa mesyuarat dalam talian, panggilan suara segera atau tontonan video, ciri ini boleh menukar percakapan menjadi teks secara masa nyata. Teks yang dijana boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea, Arab, Sepanyol dan banyak lagi. Ini membolehkan pengguna mengikuti isi perbualan dengan mudah dan berinteraksi dalam pelbagai bahasa tanpa perlu bergantung kepada aplikasi tambahan.

image is not available

AI Captions sesuai digunakan dengan aplikasi popular seperti Zoom, Microsoft Teams, Google Meet dan WhatsApp. Ia turut berfungsi dalam aplikasi hiburan seperti YouTube bagi memaparkan sari kata secara langsung. Selepas sesi berakhir, sistem akan menjana Smart Summary secara automatik. Ia menghimpunkan maklumat utama untuk rujukan dan tindakan susulan. Pengguna tidak perlu meneliti keseluruhan rakaman kerana semua isi penting tersedia dalam bentuk ringkasan yang jelas dan mudah disemak.


vivo DocMaster Untuk Dokumen Tanpa Sekatan Format

Selain itu, vivo X Fold5 turut hadir dengan DocMaster sebagai penyelesaian harian yang memudahkan akses dokumen secara lebih pantas dan teratur. Ia membolehkan pengguna membuka, melihat dan menukar pelbagai format dokumen seperti Word, Excel, PowerPoint, PDF, TXT, CAD, Markdown, Visio dan Xmind secara serta-merta tanpa perlu memasang aplikasi tambahan. Untuk tujuan semakan atau perkongsian segera, dokumen seperti PDF dan PowerPoint juga boleh ditukar kepada format imej dengan mudah.

image is not available

image is not available

image is not available

Ciri ini menyokong pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Hindi, Thai, Filipina dan Cina Tradisional. Sokongan untuk format Xmind turut tersedia di pasaran tertentu seperti Jepun, Korea, Perancis dan negara berbahasa Inggeris. Melalui integrasi AI berasaskan model Google, pengguna turut boleh menghasilkan kandungan seperti teks, ringkasan dan cadangan secara automatik terus daripada dalam dalam dokumen Word, PDF dan TXT terus dari dalam dokumen itu sendiri.


Snap Text Dan AI Screen Translation Untuk Akses Maklumat Lebih Mudah

Snap Text dalam vivo X Fold5 pula membolehkan anda menukar teks daripada dunia sebenar kepada bentuk digital secara serta-merta. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan menekan dan menahan pada kawasan input, kemudian mengimbas kandungan seperti buku, kad nama atau poster. Teks yang dikesan akan terus muncul di skrin dalam bahasa pilihan pengguna. Ciri ini menyokong pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Korea, Thai, Sepanyol dan banyak lagi. Ia mempercepatkan proses penyalinan maklumat harian dengan lebih tepat tanpa perlu menaip semula secara manual.

image is not available

Bagi pengguna yang sering membaca laman web atau aplikasi dalam bahasa asing, vivo X Fold5 turut menawarkan ciri AI Screen Translation. Fungsi ini membolehkan terjemahan dilakukan secara langsung dari paparan skrin dengan hanya membuka toolbar di sisi. Proses terjemahan dijalankan secara automatik melalui sokongan Google Lens tanpa perlu meninggalkan skrin atau menukar tab. Ciri ini menyokong lebih daripada 130 bahasa. Ia sangat berguna dalam pelbagai situasi seperti perjalanan ke luar negara, membaca kandungan dalam bahasa asing atau berkomunikasi dengan rakan dari latar bahasa yang berbeza.

image is not available

Gabungan vivo X Fold5 dan Google Gemini membantu meningkatkan kecekapan harian secara menyeluruh. Gemini membolehkan pencarian dan perkongsian maklumat antara pelbagai aplikasi, malah menyokong hingga dua aplikasi dalam satu arahan. Melalui Gemini Live, anda boleh berbual secara terus, termasuk menggunakan kandungan YouTube atau imej untuk menghasilkan arahan berdasarkan konteks visual. Ciri Screen Context menyediakan sokongan AI berdasarkan paparan skrin semasa untuk membantu anda bertindak balas dengan lebih efisien.

image is not available

Satu peranti untuk pelbagai keperluan. vivo X Fold5 direka bukan sahaja untuk bergaya tetapi juga untuk menyokong sepenuhnya gaya hidup digital anda. Daripada multitugas yang lancar hingga komunikasi berlainan bahasa, setiap ciri dikemas untuk memberi kemudahan sepanjang hari. Nantikan pelancaran rasmi vivo X Fold5 di Malaysia. Peranti ini akan membawa pengalaman baharu dalam dunia peranti boleh lipat yang dijangka mengubah cara anda berinteraksi dan bekerja.

Penafian : Advertorial daripada vivo Malaysia