
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
vivo Malaysia secara rasminya hari ini (30 Jun) melancarkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu vivo X200 FE.
Smartphone ini bukan sahaja dipenuhi dengan ciri-ciri menarik, tetapi turut menampilkan sistem kamera yang dikuasakan dengan teknologi Zeiss.
Jadi kalau korang pencinta fotografi mudah alih, mungkin vivo X200 FE boleh dijadikan antara pilihan.
Kuasa kamera dengan sentuhan Zeiss
vivo X200 FE didatangkan dengan kamera belakang tiga lensa iaitu:
- 50MP (f/1.9, 23mm, wide) dengan sensor besar 1/1.56”, PDAF.
- 50MP (f/2.7, 70mm, periskop telefoto) dengan OIS dan 3x zoom optikal.
- 8MP (f/2.2, ultrawide)
Setiap lensa ini disempurnakan dengan Zeiss optics dan Zeiss T lens coating. Zeiss sememangnya terkenal dalam dunia optik profesional.
Jadi dengan menggunakan vivo X200 FE ini, korang tak perlu risau sebab setiap gambar yang dihasilkan adalah lebih tajam, warna lebih semula jadi dan pantulan cahaya yang sedikit.

Malah peranti ini juga hadir dengan Laser Auto Focus, LED flash dan sokongan mod panorama dan HDR serta menyokong AI Image Studio termasuk AI Magic Move, AI Image Expander, dan AI Reflection Erase.
Bagi rakaman video, X200 FE ini menyokong sehingga 4K pada 60fps dan 1080p pada 120fps.
Untuk kamera hadapan pula, ia didatangkan dengan 50MP (f/2.0, wide) yang mampu merakam swafoto 4K dan 1080p, lengkap dengan mod HDR.

Dikuasakan cipset Mediatek Dimensity 9300+ dan fungsi Funtouch 15
Vivo X200 FE juga dikuasakan oleh cipset Mediatek Dimensity 9300+ dan GPU Immortalis-G720 MC12 yang mampu menampung pelbagai aplikasi berat termasuk penyuntingan gambar dan video.
Sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar ini ialah Android 15 dengan Funtouch 15.
Untuk paparan pula, vivo X200 FE ini dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED 6.31 inci dengan resolusi tinggi dan refresh rate 120Hz. Malah sokongan HDR10+ dan kecerahan sehingga 4500 nits juga menjadikan pengalaman menonton lebih imersif walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Bagi bateri pula, ia hadir dengan bateri bersaiz 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Ia juga menyokong pengecasan berbalik (reverse wired).

Pilihan warna dan harga
Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Gaya Merah Jambu (Pink Vibe), Bayu Biru (Blue Breeze), Kuning Berkilau (Yellow Glow), dan Hitam Mewah (Black Luxe).
vivo X200 FE akan ditawarkan pada harga runcit RM3,199. Namun, pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pra-tempah akan menikmati rebat segera sebanyak RM200 yang membolehkan mereka membawa pulang peranti ini pada harga hanya RM2,999.
Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi vivo Malaysia atau media sosial mereka.


![Warga Emas Gigih Travel KL-Perak Kerana Terpedaya Video AI, Konon Ada Cable Car Di Pengkalan Hulu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)
![Padah Parkir Tepi Jalan, Ativa Calar & Remuk Bergeser Dengan Treler Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)