Vivo turut melancarkan fon telinga nirwayar terbaharu mereka TWS Air3 Pro yang kini menyokong teknologi Bluetooth 6.0. Ia turut dilengkapi dengan fungsi ANC serta teknologi DeepX 3.0 untuk pengalaman audio yang lebih imersif. Menariknya, fon telinga ini turut boleh melaraskan kualiti audio secara automatik mengikut persekitaran pengguna.

TWS Air3 Pro dilengkapi dengan pemacu audio 12mm serta tiga mikrofon terbina bagi memastikan kualiti bunyi dan tangkapan suara yang jelas. Setiap fon telinga juga hanya seberat 3.6 gram hingga 3.8 gram yang menjadikannya sangat selesa untuk dipakai dalam tempoh yang lama.

Dari segi jangka hayat bateri, fon telinga ini menawarkan sehingga 9.5 jam masa main balik dengan sekali pengecasan manakala bekas pengecasnya pula boleh meningkatkan jumlah masa penggunaan sehingga 47 jam. Bagi versi bateri tahan lama pula mampu bertahan sehingga 52 jam secara keseluruhan.
