Vivo X200 Ultra Akan Mempunyai Butang Fizikal Untuk Kamera

TechnologyDigital
28 Mar 2025 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X200 Ultra akan dilancarkan di China tidak lama lagi sebagai pengganti kepada X100 Ultra tahun lalu. Pegawai produk Vivo telah mendedahkan bahawa peranti ini akan dilengkapi dengan butang fizikal khas untuk kamera. Fungsi butang ini menyerupai Camera Control pada beberapa peranti iPhone baharu yang boleh digunakan khusus untuk mengaktifkan kamera.

image is not available

Butang ini dihiasi dengan warna biru dan diletakkan sedikit lebih rendah, serta boleh dikawal dengan cara menyeret. Rekaan butang ini kelihatan nipis dan kecil untuk pengalaman lebih baik terutama sewaktu merakam dalam mod landskap atau melaraskan tetapan kamera. Selain daripada itu, ia juga mungkin membolehkan pengguna mengawal zum, fokus, atau tetapan lain untuk penghasilan imej yang lebih baik.