Vivo X300 E Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, Kamera ZEISS Dan Bateri 7200mAh

TechnologyDigital
27 Jul 2026 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo X300 E Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, Kamera ZEISS Dan Bateri 7200mAh

Vivo telah melancarkan model baharu X300 E di China sebagai tambahan dalam siri X300 dengan penekanan pada keupayaan kamera. Peranti ini hadir dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat, rangka aluminium serta panel belakang kaca yang memberikan sentuhan premium.

Image from: Vivo X300 E Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, Kamera ZEISS Dan Bateri 7200mAh

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED berukuran 6.59 inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 berasaskan proses 3nm bersama GPU Adreno 829, yang juga dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5X serta storan sehingga 512GB UFS 4.1.

Image from: Vivo X300 E Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, Kamera ZEISS Dan Bateri 7200mAh

Peranti ini menampilkan sistem tiga lensa yang terdiri daripada kamera utama 50MP Sony IMX921 dengan OIS, ultra lebar 8MP, serta kamera telefoto periskop 50MP Sony IMX882 dengan OIS. Sementara itu, bahagian hadapannya terdapat kamera 50MP yang menyokong rakaman video 4K sekali gus menjadikannya sesuai untuk fotografi dan videografi berkualiti tinggi.

Selain itu, ia dilengkapi bateri berkapasiti 7,200mAh iaitu terbesar dalam siri X300 yang diyakini mampu menawarkan ketahanan penggunaan lebih lama. Ia turut menyokong pengecasan pantas berwayar 90W, namun tidak menyediakan pilihan pengecasan nirwayar.

Dalam masa sama, peranti ini menjalankan perisian OriginOS 6 (Android 16) dengan pelbagai ciri tambahan seperti pengimbas cap jari di skrin, pembesar suara stereo serta motor linear X-axis. Ia menyokong NFC, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan pemancar inframerah untuk menjadikannya sebuah peranti lengkap dari segi fungsi serta teknologi moden.

Image from: Vivo X300 E Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 5, Kamera ZEISS Dan Bateri 7200mAh

Harga jualan di China bermula pada CNY 4,799 (~RM 2,895) bagi varian 12GB/256GB manakala 12GB/512GB ditawarkan pada harga CNY 5,299 (~RM 3,196). Buat masa ini, masih belum diketahui sama ada model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Namun, bagi pengguna yang berminat dengan siri X300, pilihan lain seperti X300, X300 Pro, X300 FE dan X300 Ultra sudah mula dijual di Malaysia dengan harga berbeza mengikut model.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved