Xiaomi hari ini telah melancarkan dua telefon pintar baharu iaitu Xiaomi 17 Ultra dan Xiaomi 17 secara global termasuk untuk pasaran Malaysia. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi kelas mercu di samping menawarkan ciri-ciri menarik dalam segmennya.

Bermula dengan Xiaomi 17 Ultra, ia hadir dengan skrin 6.9″ Xiaomi HyperRGB OLED beresolusi 2608 x 1200, kadar segar semula LTPO 120Hz, serta kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Paparan ini menawarkan warna lebih hidup dengan sokongan sehingga 68 bilion warna, gamut DCI-P3, di samping HDR10+ dan Dolby Vision.
Peranti ini juga dijana oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Mobile bersama pilihan memori 16GB RAM serta storan dalaman sehingga 1TB. Di samping itu, ia turut menyokong ketahanan IP68 terhadap debu dan air, sambungan Wi-Fi 7 serta sistem operasi Xiaomi HyperOS 3 yang memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar.

Xiaomi 17 Ultra turut hadir dengan sistem kamera Leica Summilux VARIO-APO-SUMMILUX ASPH yang menampilkan kamera utama 50MP dengan OIS dan sensor Light Fusion 1050L bersama teknologi LOFIC HDR untuk imej lebih jelas. Di samping itu, ia turut dilengkapi kamera telefoto 200MP dengan sokongan makro sehingga 30cm, ultra-lebar 50MP serta kamera hadapan 50MP. Dari segi rakaman video, peranti ini menyokong resolusi sehingga 8K pada 30fps, 4K Dolby Vision sehingga 120fps serta rakaman log 4K.

Dari segi bateri, Xiaomi 17 Ultra hadir dengan kapasiti 6000mAh yang disokong pengecasan pantas 90W HyperCharge serta pengecasan nirwayar 50W HyperCharge. Di samping itu, ia turut dilengkapi sensor cap jari ultrasonik dalam skrin, sistem audio stereo dengan susunan 4-Mic array, serta pensijilan Hi-Res dan Hi-Res Audio Wireless bersama Dolby Atmos.

Seterusnya, Xiaomi 17 hadir dengan skrin 6.9″ Xiaomi HyperRGB OLED (2608 × 1200 piksel), kadar segar semula LTPO 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Paparan ini menyokong sehingga 68 bilion warna dengan gamut DCI-P3, di samping HDR10+ dan Dolby Vision. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB.

Xiaomi 17 hadir dengan sistem kamera Leica Summilux VARIO-APO-SUMMILUX ASPH, yang menampilkan kamera utama 50MP dengan OIS dan sensor Light Fusion 1050L bersama teknologi LOFIC HDR untuk imej lebih jelas. Selain itu, ia dilengkapi kamera telefoto 200MP dengan sokongan makro sehingga 30cm, kamera ultra-lebar 50MP, serta kamera hadapan 50MP.
Dari segi bateri, Xiaomi 17 menggunakan bateri 6000mAh yang disokong pengecasan pantas 90W HyperCharge dan pengecasan nirwayar 50W HyperCharge. Selain itu, ia hadir dengan sensor cap jari ultrasonik dalam skrin, sistem audio stereo dengan susunan 4-Mic array, serta pensijilan Hi-Res dan Hi-Res Audio Wireless bersama Dolby Atmos. Peranti ini juga kalis air IP68 terhadap debu dan air.

Di Malaysia, siri Xiaomi 17 ditawarkan pada harga berikut:
- Xiaomi 17 Ultra (16GB/512GB) – RM5,499
- Xiaomi 17 Ultra (16GB/1TB) – RM5,999
- Xiaomi 17 (12GB/256GB) – RM3,499 (Eksklusif atas talian)
- Xiaomi 17 (12GB/512GB) – RM3,799

