Vivo X80 Melengkapkan Kenangan Konvoi Porsche KL-Pulau Pinang

Cars
17 Aug 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pengimejan kamera Vivo X80 yang luar biasa menggunakan teknologi jurutera ZEISS dari Jerman. - Gambar ihsan Vivo Malaysia

Kolaborasi di antara telefon bimbit pintar, Vivo Malaysia dengan jenama kereta mewah, Porsche, yang berasal dari Jerman dan memiliki kuasa enjin yang besar serta tahap kelajuan tinggi ini, mungkin adalah sesuatu yang baharu yang pernah kita dengar. 

Namun, kolaborasi yang cukup unik ini telah pun tercetus sempena konvoi pertama terbesar Porsche di beberapa negeri-negeri. 

Aktiviti ini diterajui  Kelab Porsche Owner Group Malaysia (POGM) baru-baru ini dan detik-detik perjalanan tersebut telah dirakam menggunakan telefon pintar terbaharu Vivo iaitu siri X80.

image is not available
Sebahagian peserta bersama 100 buah kereta Porsche pelbagai model seperti Cayman, Spyder, 911 GT dan banyak lagi. - Gambar ihsan Vivo Malaysia

Konvoi ini  melibatkan lebih kurang 100 buah kereta Porsche pelbagai model seperti Cayman, Spyder, 911 GT dan banyak lagi ini telah bergerak dari Kuala Lumpur hingga Pulau Pinang.

Kerjasama pintar ini diadakan bertujuan untuk memaparkan kehebatan dan relevannya kelab POGM di Malaysia. Pada  masa yang sama, ia juga dapat menguji pengimejan kamera Vivo X80 yang luar biasa menggunakan teknologi jurutera ZEISS yang berasal dari Jerman.

Kehebatan pada lensanya memaparkan gambaran resolusi kamera hadapan sehingga 50MP. Manakala mod telephoto dan ultra lebar pula memiliki 12 MP. 

image is not available
Gambar ihsan Vivo Malaysia

Bagi kamera swafoto, ia mempunyai resolusi sehingga 32MP dan bagi rakaman video, paparan 4K diimplementasikan serta ditambah lagi dengan sistem kestabilan yang luar biasa. 

Bahkan setiap perincian maklumat di permukaan kereta dan reka bentuk setiap kereta Porsche ini nampak jelas semasa ia dirakamkan ketika dipandu di atas jalan raya. 

Jadi, setiap rakaman dan gambar semasa acara tersebut berlangsung, pastinya memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan setiap pemilik Porsche yang terlibat dengan aktiviti konvoi ini. - Getaran, 17 Ogos 2022