Vivo Y27s Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM799

TechnologyDigital
21 Nov 2023 • 10:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Y27s secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM799 sebuah. Ketersediaan untuk pembelian bermula 25 November 2023 dengan dua pilihan warna disediakan seperti Garden Green dan Burgandy Black. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

image is not available

Vivo Y27s dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.64-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas semula menggunakan port USB dan pengecasan 44W. Turut disertakan ialah sistem kamera 50MP + 2MP di belakang dan swafoto pula sebesar 8MP.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved