Vivy Yusof Janji Akan Jelaskan Isu Kerugian FashionValet RM43.9 Juta

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2024 • 9:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Beberapa minggu lalu, pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, menjadi tumpuan ramai selepas didakwa terlibat dalam kes pecah amanah melibatkan kerugian pelaburan RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saya ada banyak untuk dikatakan”- Vivy Yusof

Terbaru, Vivy tampil di Instagram menjawab soalan seorang netizen yang bertanya tentang keadaan terkini syarikatnya, FashionValet.

Saya akan ceritakan, dalam masa yang sesuai. Percayalah, saya ada banyak untuk dikatakan kepada orang ramai.- Tulisnya ringkas namun penuh tanda tanya.

Difahamkan, pasangan ini telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

image is not available

Permohonan maaf terbuka Vivy Yusof

Sebelum ini, Vivy dan suaminya telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial susulan isu ini.

Mereka menyatakan rasa kesal terhadap situasi yang berlaku, namun butiran lanjut tentang kes ini masih belum didedahkan sepenuhnya.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia perniagaan, kepercayaan adalah segalanya. Setiap tindakan kita, terutama melibatkan pelaburan besar, harus telus dan bertanggungjawab.

Sentiasa pastikan setiap urusan diurus dengan integriti supaya tidak timbul isu yang boleh merosakkan reputasi dan kepercayaan pelanggan. Semoga segala urusan Vivy dan suami dipermudahkanNya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram