Kerugian Pelaburan RM43.9 Juta FashionValet, Datin Vivy Yusof Dan Suami Didakwa Esok

LocalPolitics
4 Dec 2024 • 11:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
vivy yusof

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sah akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut laporan Astro Awani, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pertuduhan ke atas pengasas platform e-dagang FashionValet itu di bawah kesalahan pecah amanah (kanun keseksaan).

Vivy Yusof dan suami didakwa esok

image is not available

Tan Sri Azam Baki berkata, pasangan berkenaan telah ditahan SPRM pada Selasa kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Terdahulu, SPRM memulakan siasatan terhadap pasangan ini selepas terdapat laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Beg tangan, jam mewah disita

image is not available

Lebih mengejutkan, pelaburan bernilai RM43.9 juta itu hanya memberi pulangan RM3.1 juta selepas saham FashionValet dijual kepada syarikat NXBT Partners pada 2023.

Hasil siasatan SPRM turut menyerbu kediaman pasangan ini di Mont Kiara dan menyita 11 beg tangan berjenama dan seutas jam tangan mewah.

Akaun syarikat termasuk beberapa akaun persendirian turut dibekukan melibatkan nilai kira-kira RM1.1 juta.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved