Vivy Yusof Niat Mahu Bina Aplikasi Sedekah, Tapi Ramai Luah Kurang Setuju?

LocalTechnology
14 Jan 2025 • 5:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Nama Datin Vivy Yusof bersama suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar semakin menjadi sebutan masyarakat Malaysia selepas terbabit dengan kes pecah amanah melibatkan dana awam milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Pengasas FashionValet (FV) itu ketika perbicaraan di mahkamah telah mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan melibatkan jumlah bernilai RM8 juta.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2018.

Sebagai info, Vivy Yusof telah menetapkan akaun Instagram miliknya kepada ‘private’ semasa hari jadinya, 11 Disember lalu dan kini hanya boleh diakses oleh 1.8 juta pengikutnya sahaja.

image is not available
Sumber: MalayMail

Vivy Yusof Cadang Mahu Tubuh Aplikasi Sedekah Demi Permudahkan Urusan Orang Ramai

Menerusi ciapan dimuat naik seorang pengguna X, Vivy dalam hantaran di laman Instagram Story miliknya (@vivyyusof) telah meluahkan hasrat murni bagi mengajak orang ramai melakukan kebaikan.

Sambil mengingatkan orang ramai untuk tidak lupa bersedekah pada hari Jumaat yang penuh barakah, Vivy tampil dengan idea baharunya untuk membina aplikasi yang membolehkan orang ramai memberikan sedekah kepada golongan memerlukan.

“Dan jangan lupa untuk bersedekah pada hari Jumaat. Sambil-sambil tu, saya nak wujudkan apikasi bagi membantu menyalurkan sedekah antara masyarakat dan golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Komited dengan niatnya itu, Vivy bertanya secara terbuka kepada pengikutnya jika ada di antara mereka yang boleh membantunya.

“Ada sesiapa yang boleh tubuhkan aplikasi ini? Atau ada sesiapa yang berpengalaman dalam bidang ini?” soal ibu kepada lima orang anak itu.

Walau bagaimanapun, IG Story itu telahpun dipadam setakat artikel ini ditulis.

image is not available

Ramai Tidak Setuju Dengan Hasrat Vivy Itu

Meskipun ia satu perkara yang positif, namun rata-rata masyarakat meluahkan rasa kurang setuju dengan perancangan pengasas FashionValet itu selepas namanya terlibat dalam kes melibatkan kewangan.

Sesetengah netizen turut mempersoalkan bagaimana Vivy boleh terlintas untuk mewujudkan aplikasi berkenaan sedangkan dia masih terlibat dalam perbicaraan kes pecah amanah.

“Apa dalam fikiran Vivy ya? Dia lupa ke tengah ada kes yang masih berjalan? Nak buat aplikasi la apa la?” kata netizen.

Selain itu, ada juga pengguna media sosial yang meluahkan rasa bimbang sekiranya perancangan pengasas itu boleh menjurus kepada kes sebelum ini melibatkan influencer iaitu Alif Teega.

Pada masa yang sama, netizen meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membendung perkara ini berikutan wanita berkenaan yang masih dalam pertuduhan jenayah.

image is not available
Sumber: X

Vivy Yusof Tunai Umrah Di Tanah Suci

Pada 30 Disember lalu, Vivy dan suami telah dibenarkan untuk mendapatkan pasport antarabangsa sementara bagi menunaikan umrah.

Hakim Rosli Ahmad meluluskan perkara itu selepas meneliti permohonan peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan terbabit. Malah perkara itu juga tidak menerima bantahan daripada pihak pendakwaan.

Memetik laporan Astro Awani, pasangan ini telah berangkat ke tanah suci Mekah pada 5 Januari lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada hari ini (14 Disember) kerana mereka berdua perlu mengembalikan pasport sementara pada esok hari (15 Januari).

image is not available

Source: