
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf GTI Sepang Edition, model edisi khas pertama di Malaysia yang menampilkan lambang rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelancaran ini turut menandakan kerjasama bersejarah antara Volkswagen dan SIC, menyatukan dua nama besar yang sinonim dengan prestasi dan semangat sukan permotoran.
Golf GTI Sepang Edition merupakan penghargaan kepada legasi sukan permotoran Malaysia. Ia membawa semangat litar dan adrenalin Sepang terus ke jalan raya, menggabungkan DNA prestasi GTI dengan elemen rekaan yang mencerminkan identiti dan kebanggaan nasional.
Model edisi khas ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan estetik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan, termasuk:









- Lencana Sepang Edition pada bahagian belakang dan tiang-B dengan kemasan UV Gloss
- Rim aloi Richmond 18” Gunmetal Grey Matte dengan penutup hab dinamik “GTI”
- Filem sisi bergaya sporty, cermin sisi berwarna hitam dan spoiler depan serta belakang dalam warna hitam berkilat
- Universal Traffic Recorder 2.0 (depan & belakang) dengan sensor Sony Starvis
- Cermin gelap VW asal, alas kaki “GTI”, dan pemegang kunci bersama sijil keaslian
Gabungan elemen ini menonjolkan personaliti agresif dan eksklusif GTI Sepang Edition, menjadikannya antara model paling istimewa dalam barisan Volkswagen Malaysia.
Promosi 10.10 untuk 10 Unit Terawal
Bersempena pelancaran ini, VPCM turut mengumumkan promosi 10.10 eksklusif – di mana 10 unit pertama yang didaftarkan dari 9 hingga 16 Oktober akan menikmati faedah pinjaman 0% selama 10 bulan. Tawaran ini adalah penghargaan kepada pelanggan terawal yang ingin memiliki sebahagian daripada sejarah kolaborasi antara Volkswagen dan SIC.
Simbol Prestasi dan Patriotisme
“Lebih daripada sekadar kereta, Golf GTI Sepang Edition adalah semangat Sepang yang direka dalam sebuah ikon,” kata Renate Noessler, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia.
“Kolaborasi ini meraikan warisan sukan permotoran Malaysia, serta menjadi simbol komitmen Volkswagen dalam menghasilkan kenderaan yang mencerminkan karakter dan semangat negara.”
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Azhan Shafriman Hanif, pula menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu penghormatan besar terhadap identiti dan komuniti sukan permotoran Malaysia.
“SIC telah menjadi nadi kepada dunia perlumbaan tempatan selama lebih dua dekad. Dengan Golf GTI Sepang Edition, kami membawa warisan itu keluar dari litar dan ke jalan raya – sesuatu yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia,” jelasnya.
Eksklusif untuk Pasaran Malaysia
Golf GTI Sepang Edition didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, serta bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun, di bawah Volkswagen Assurance Package.
Model ini ditawarkan secara eksklusif di Malaysia pada harga bermula RM262,990.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari www.volkswagen.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.




The post Volkswagen Malaysia Lancar Golf GTI Sepang Edition. Lambang Kebanggaan Litar Sepang dalam Sebuah Ikon appeared first on TW Media.

