‘Vote’ Laksa Sarawak Dari Laksa Penang, Undian Syed Saddiq Cetus Perang Antara Netizen

15 May 2023 • 1:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laksa mana yang lebih sedap?

‘Vote’ Laksa Sarawak Dari Laksa Penang, Undian Syed Saddiq Cetus Perang Antara Netizen. ‘Perang’ antara Laksa Sarawak dan Laksa Penang ibarat tiada kesudahan. Masing-masing mempunyai peminat tersendiri dan peminatnya pula masing-masing mempertahankan kehebatan laksa mereka.

Umum mengetahui bahawa kedua-dua laksa ini mempunyai bahan-bahan yang berbeza dan rasanya jauh berbeza antara satu sama lain.

image is not available
‘Vote’ Laksa Sarawak Dari Laksa Penang, Undian Syed Saddiq Cetus Perang Antara Netizen. Kredit: Wabikong TV

Disebabkan itu, kedua-dua laksa ini mempunyai peminatnya tersendiri. Contohnya, kuah laksa Sarawak diperbuat daripada rempah ratus menjadikan kuah tersebut penuh dengan aroma.

Kuah laksa Penang pula diperbuat daripada ikan segar.

Ini jawapan dari Syed Saddiq

Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok mengenai sebuah interview yang dikendalikan oleh Wabikong TV menerusi rancangan mereka ‘Between Two Laksa’ bersama Syed Saddiq.

image is not available

Dalam rancangan tersebut, setiap tetamu akan ditanyakan beberapa soalan random. Pada akhir rancangan, mereka akan disuruh untuk memilih sama ada laksa Sarawak atau laksa Penang pilihan hati mereka.

Begitu juga dengan Syed Saddiq.

Menariknya, tanpa berkata apa-apa beliau terus memilih mangkuk yang berisi laksa Sarawak dan terus melulu keluar dari studio itu (bergurau).

image is not available

“kalau ada laksa Johor, saya lebih memilih laksa Johor” tambahnya sambil bergurau.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen. Antaranya ada yang berpendapat keenakan laksa Sarawak tidak dapat dipertikaikan sehingga mendiang Anthony Bourdain pun mengakui kesedapan laksa ini.

Namun tidak kurang juga yang mengakui kenikmatan laksa Penang.

image is not available

image is not available

image is not available

Walau pun begitu cita rasa individu adalah sesuatu yang subjektif. Setiap laksa mempunyai keunikan tersendiri bukan sahaja laksa Sarawak dan laksa Penang.

Pasti kesemua laksa itu mempunyai peminat mereka tersendiri.

Baca lagi artikel menarik: