VSCO Capture Kini Menyokong Fungsi Rakaman Video

TechnologyDigital
5 Jan 2026 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

VSCO Capture telah menerima kemas kini baharu yang kini membolehkan pengguna merakam video melalui aplikasi tersebut. Bagi mereka yang menggunakan aplikasi ini, kemas kini berkenaan pastinya menarik kerana ia menambah nilai kepada pengalaman penggunaan yang sebelum ini terhad kepada imej sahaja.

image is not available

Bersama dengan sokongan rakaman video, VSCO turut memperkenalkan penuras baharu untuk gambar iaitu Film Grain. Melalui penuras ini, pengguna dapat mengawal tekstur dengan lebih mudah melalui tetapan seperti Strength, Size dan Colors. Hasilnya, kesan vintaj boleh dihasilkan sama ada dengan kesan yang lebih menonjol bergantung pada cita rasa pengguna.

image is not available

Pengguna turut berpeluang menggabungkan Film Grain ini dengan lebih 40 penuras Film X diinspirasikan daripada filem klasik seperti Kodak, Fuji dan Agfa. Penapis Grain ini boleh digabungkan bersama penuras Film X kemudian disesuaikan mengikut kehendak dan disimpan sebagai ‘resipi filem peribadi’ yang mencerminkan cita rasa masing-masing.

image is not available

VSCO Capture telah dibangunkan untuk mereka yang mahukan aplikasi kamera mudah alih. Dengan tambahan fungsi rakaman video dan penuras baharu, aplikasi ini dilihat semakin kukuh sebagai ruang yang memberi kebebasan kepada pengguna menampilkan gaya mereka.