Sudah lima puluh tahun misi Apollo 11 membawa dua angkasawan ke permukaan bulan. Ia adalah satu langkah kecil untuk manusia dan satu lompatan besar untuk umat manusia untuk mengembara ke angkasa lepas. Sempena ulang tahun misi bersejarah ini, Hasselblad 907X edisi khas telahpun dilancarkan.


Ketika di permukaan bulan kamera Hasselblad HEC dan HDC telah digunakan oleh Neil Armstrong untuk merakam gambar serta video. Kedua-dua kamera ini masih lagi di permukaan bulan bagi mengurangkan berat modul pendarat bulan untuk kembali ke modul Command and Service Module (CSM). Hanya filem dibawa pulang ke bumi untuk diproses.

