Wabak maut Ebola menular dari timur ke barat Benua Afrika

Health & Fitness
23 Oct 2026 • 11:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wabak maut Ebola menular dari timur ke barat Benua Afrika

ABUJA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  memberi amaran semalam bahawa Benua Afrika berdepan wabak Ebola yang ‘rumit’ selepas virus itu merentasi dari timur Afrika ke Nigeria, menandakan kes pertama di barat benua itu.

Nigeria pada Selasa lalu mengumumkan kes import varian  Bundibugyo yang menjadi punca  wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC).

Ia dikesan pada isteri seorang diplomat yang melakukan perjalanan dari Uganda ke ibu negara Nigeria, Abuja.

Menteri Kesihatan Nigeria, Muhammad Ali Pate berkata, kontak wanita itu telah dikesan sejak ketibaannya di Nigeria awal bulan ini dengan sejumlah individu ‘berisiko tinggi’ telah dikuarantin sepenuhnya di sebuah kemudahan kesihatan.

“Kes import ini terkawal setakat ini. Kami tidak mempunyai bukti ia  merebak ke dalam komuniti.

“Jadi fokus kami adalah pada pengesanan kontak dan memastikan kami tahu dengan tepat di mana mereka berada,” kata Pate pada sidang akhbar di Abuja.

Nigeria yang memiliki paling ramai penduduk di Afrika, merupakan negara keempat  terjejas akibat wabak tersebut. Kenya yang terletak di bahagian timur  melaporkan sembilan kes Ebola ejak 6 Oktober lalu.

Wabak Ebola semasa bermula di DRC dan  menjadi antara yang meragut paling banyak nyawa dalam  sejarah negara itu

Ia  membunuh lebih 4,000 orang daripada lebih 9,000 kes disahkan sejak pertengahan Mei lalu, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan.

“Kita sedang berdepan lanskap wabak yang lebih kompleks,” kata Pengarah Serantau WHO bagi Afrika,  Mohamed Janabi dalam taklimat media secara dalam talian.

Pesakit di Nigeria itu tiba di Abuja pada 3 Oktober lalu selepas berada di Uganda sejak 16 September 2026.

Dia berlepas ke Abuja dengan menaiki penerbangan Ethiopian Airlines dan melakukan transit melalui Addis Ababa, demikian menurut mesyuarat tergempar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) kelmarin.

Kes di Nigeria  membangkitkan semula ingatan terhadap wabak Ebola  meluas di Afrika Barat yang melanda beberapa buah negara dan mengorbankan lebih 11,000 orang antara lewat 2013 hingga 2016. – AFP

 

The post Wabak maut Ebola menular dari timur ke barat Benua Afrika appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved