Wajah Anak Disamakan Dengan B*bi, Syifa Melvin Naik Hantu! - “Bab Keluarga Kau Jangan Sentuh!”

17 Nov 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin berang apabila seorang individu menyifatkan wajah anaknya seperti khinzir.

Terima komen

Dalam posting di Instagram Story, Syifa berkongsi komen yang diterima olehnya daripada individu tersebut. 

Dalam hantaran lain, Syifa turut meminta tolong rakyat Malaysia untuk mencari individu disebalik akaun tersebut.

“Aku syak dia yang macam b*bi. Bab anak aku, keluarga aku kau jangan sentuh. Kau sakit mental ke bukan masalah aku. Aku memang akan cari sampai jumpa. 

“Kau budak ke, terencat akal ke, tak matang ke, mari sini aku ajar kau adab dan cara matang. Mungkin mak bapa kau tak ajar kau,” ujarnya.
image is not available
image is not available

Sekadar info, Syifa mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Safawi Rasid pada 28 November 2022.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman.