Wajah dikatakan mirip, netizen harap Zubir Khan dapat temui keluarga Zulfarhan

24 Jul 2024 • 8:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Beberapa netizen berharap penyanyi lelaki, Zubir Khan dapat temui keluarga Zulfarhan Osman iaitu Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mengubat kerinduan mereka terhadap anak sulong yang telah tiada susulan wajahnya yang dikatakan mirip.

Harap Zubir Khan dapat temui keluarga arwah

Menerusi komen-komen di laman sosial penyanyi lagu Oh My Kadhale itu, kebanyakkan netizen mengakui bahawa ada kesamaan wajah antara dua individu terbabit.

image is not available

Harap Zubir Khan dapat temui keluarga Zulfarhan, wajah mereka mirip

 

image is not available

Ada iras2 wajah mereka berdua

image is not available

Zubir Khan minta bantuan cari info

Susulan daripada itu, Zubir Khan atau nama sebenarnya, Muhammad Zubir bin Mohamad Ali, 24 dia telah meminta bantuan warganet untuk mendapatkan info keluarga Zulfarhan supaya suatu hari nanti boleh bertemu mereka.

Dia juga bersetuju untuk memuat naik perkembangan jika berkesempatan bertemu dengan keluarga mangsa buli terbabit selepas diminta oleh peminatnya.

image is not available

Nama disebut2 susulan kes Zulfarhan jadi perbicaraan semula

Difahamkan, nama Zubir Khan telah disebut-sebut sejak kes pembunuhan Zulfarhan Osman kembali dibicarakan setelah mahkamah rayuan memutuskan hukuman gantung sampai mati kepada keenam-enam tertuduh.

Ramai yang singgah di media sosial milik penyanyi itu apabila mengatakan bahawa wajah mereka hampir sama lebih-lebih lagi sewaktu tersenyum.

image is not available

Sekadar info, keluarga Zulfarhan Osman telah kehilangan anak sulung dalam keluarga setelah meninggal dunia pada 1 Jun 2017 selepas mengalami kecederaan parah hampir di seluruh anggota badan susulan dibuli menggunakan beberapa objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip, penyangkut baju dan batang penyodok sampah.

Difahamkan, punca allahyarham dipukul dengan begitu teruk adalah disebabkan tuduhan mencuri laptop walaupun mangsa menafikan dakwaan tersebut.

Selepas tujuh tahun proses pengadilan berlangsung, pihak keluarga allahyarham menarik nafas lega apabila Zulfarhan didapati tidak bersalah dan keenam-enam suspek utama yang melakukan kekejaman tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sumber: TikTok Zubir Khan