Siapa sangka wajah usahawan terkenal, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA, digunakan sebagai maskot bagi sebuah rumah sukan di sebuah sekolah.
Menerusi video pendek yang tular di platform Threads dan TikTok, kelihatan pelajar berkenaan membawa maskot bersaiz besar yang menggunakan wajah Khairul Aming sehingga berjaya mencuri perhatian ramai.
AdvertisementKhairul Aming Terhibur Lihat Wajah Jadi Maskot
Bukan sahaja kreativiti pelajar itu menjadi perhatian, malah reaksi daripada Khairul Aming sendiri turut mengundang gelak tawa warganet.
Menerusi ruangan komen, KA sempat berseloroh mengenai ketinggian maskot tersebut yang dilihat jauh lebih tinggi berbanding dirinya.
“Uncle memang tinggi tapi tak setinggi tu dik.”
Komen bersahaja Khairul Aming itu kemudian menerima pelbagai reaksi lucu daripada warganet yang turut terhibur melihat hasil kreativiti pelajar berkenaan.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:
“Dah macam hantu cina hahaha.”
“Tetap pakaikan KA topi, biar tak panas.”
“Lepas habis sukan jangan buang, letak kat sawah padi.”
“Tak lenguh bahu ke dik dok angkut abang @khairulaming tu.”
Gelagat pelajar bersama maskot berwajah Khairul Aming itu ternyata mencuit hati ramai, malah reaksi santai usahawan tersebut menjadikan video berkenaan semakin menghiburkan.
Komen KA juga seolah-olah menunjukkan dirinya tidak mengambil serius perkara tersebut dan terhibur melihat kreativiti pelajar yang memilih wajahnya sebagai maskot rumah sukan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pilih Menara Merdeka Maybank Lancar Produk Ke-4, Khairul Aming Terus Membanggakan Negara
The post Wajah Khairul Aming Jadi Maskot Rumah Sukan Sekolah, Reaksi KA Buat Netizen Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





