Wajah Mirip Arwah S. Shamsuddin, Netizen Kagum Dengan Video TikTok Lelaki Iban Ini

21 Oct 2022 • 4:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang sebijik muka Pak Sudin!

Wajah Mirip Arwah S. Shamsuddin, Netizen Kagum Dengan Video TikTok Lelaki Iban Ini. Zaman kegemilangan filem Melayu klasik pada era 30an hingga 60an menampilkan ramai bakat dan juga bintang terkenal yang masih lagi diingati oleh masyarakat pada generasi kini.

Membesar dengan filem Melayu klasik ini, tipulah kalau korang tak pernah lihat filem Melayu lakonan Allahyarham Tan Sri Datuk Amar (Dr.) P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsuddin dan Allahyarham Aziz Jaafar.

Sebagai contoh filem Seniman Bujang Lapok yang dibintangi tiga pelakon hebat ini masih lagi ditonton dan disanjung tinggi shingga hari ini.

@kelvinray19

hei hang jebat turunlah …Tak tahan ni Rasa nak terkencing pulakimage is not available#palakakikdik

♬ original sound – Drama&movie – Drama&movie

Guna audio filem arwah Pak Sudin

Dengan menggunakan audio filem arwah Pak Sudin dalam video TikToknya, lelaki Iban dari Sarawak ini telah menarik perhatian netizen. Bukan sahaja lakonannya yang mantap tetapi mukanya yang mirip arwah Pak Sudin itu telah membuat orang ramai kagum dengan video dimuat naiknya itu.

Baca komen dari netizen di sini:

image is not available
Tangkap layar dari TikTok kelvinray19

image is not available
Tangkap layar dari TikTok kelvinray19

Videonya mengingatkan netizen dengan arwah Pak Sudin

Warganet rata-ratanya memuji lakonannya yang kelakar dan juga mukanya yang mengingatkan mereka dengan arwah. Kalau anda lihat video lelaki ini, anda pasti akan geli hati!

Jika anda ingin melihat videonya yang melakonkan semula watak arwah Pak Sudin, anda boleh singgah ke akaun rasmi TikTok pemuda ini di kelvinray19.

Lagi cerita menarik yang boleh menghiburkan hati anda yang tengah sedih di sini: