“Wajah saya tetap sama!”-Fathia Latiff tak marah netizen, mengaku buat rawatan kekal cantik

EntertainmentBeauty
27 Feb 2025 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fathia Latiff tak marah netizen apabila wajahnya sering menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial.

Pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, dia tidak mengambil peduli kerana setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk meluahkan pandangan. Namun, Fathia berkata penambahan usia menjadi faktor utama perubahan wajahnya kini.

image is not available

“Itu pendapat masing-masing. Bagi saya wajah saya tetap sama. Mungkin perubahan yang dilihat berpunca daripada faktor usia.
“Saya tidak marah kepada mereka yang memperkatakan mengenai wajah saya kerana itu hak masing-masing untuk berpendapat. Saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

image is not available

Fathia Latiff tak marah netizen

Dalam pada itu, pelakon drama Bidaah yang akan mula ditayangkan di laman penstriman, Viu mulai 6 Mac ini akui melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kejelitaan.

“Saya ada ‘eye bags’ dan buat rawatan untuk menghilangkannya. Selain itu, saya buat rawatan melicinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” katanya lagi.

image is not available

Fathia berkata, dia juga jarang memuat naik hantaran atau membaca komen dalam media sosial demi menjaga kesihatan mental, namun hanya berkongsi perkara berkaitan kerja sahaja.

Sumber: FB Harian Metro