“Saya ada buat rawatan” – Fathia Tak Kisah Cakap Orang, Dakwa Faktor Usia Jadi Sebab Wajah Berubah

Entertainment
27 Feb 2025 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah terkenal dengan drama bersiri Ariana Rose, pelakon Fathia Latiff menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini apabila ada di kalangan netizen yang memperkatakan mengenai perubahan yang berlaku pada wajahnya.

Walau bagaimanapun, Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata, penambahan usia dipercayai menjadi faktor utama wajahnya mula berubah.

image is not available

Menurut Hib Glam, Fathia juga berkata, dia tidak kisah dengan kata-kata orang berkenaan wajahnya kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.

Itu pendapat masing-masing, bagi saya sama sahaja (wajah). Mungkin faktor umur menyebabkan wajah saya berubah.

“Saya tidak marah pun orang yang bercakap tentang wajah saya sebab itu pendapat masing-masing. Saya terima sahaja,” katanya.

Lakukan rawatan wajah untuk kekal cantik

Dalam pada itu, Fathia juga mengakui dia ada membuat rawatan wajah untuk mengekalkan kecantikan.

Saya ada ‘eye bags’ dan ada rawatan untuk hilangkannya, selain itu saya ada buat rawatan licinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tak buat,” kata Fathia.

image is not available

Menurut Fathia, dia juga kini jarang memuat naik ‘posting’ dan membaca komen dalam media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.

Saya hanya memuat naik posting berkenaan kerja sahaja, selain daripada itu saya jarang guna media sosial. Ini adalah cara saya menjaga mental,” katanya lagi.

Sumber: Hib Glam

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.