
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid selamat disatukan dengan wanita pilihan, Izza Atirah Shirafuddin semalam.
Majlis perkahwinan yang dihadiri keluarga pengantin dan sanak saudara itu diraikan serba mewah dan barokah.
Izza yang juga menantu kepada YM Tengku Datin Sri Zawyah Tengku Izham itu kelihatan cantik berseri dengan persalinan serba ringkas di atas pelamin.



Dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang tampil segak berbaju Melayu putih berjaya melafazkan akad nikah dan sah menjadi suami kepada Izza.
Majlis itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri yang menjadi wali.
Izza menerima mas kahwin berupa satu dinar emas – simbolik ikatan cinta dan tanggungjawab baru yang dipikul oleh pasangan ini.
Lengkap kecantikan dengan raut wajah manis, Izza yang berasal dari Kuala Lumpur dikatakan memiliki peribadi yang merendah diri dan baik budi pekerti.
Sekadar info, sekitar April lalu Aazief mengumumkan bahawa dia selamat mengikat tali pertunangan bersama Izza menerusi laman sosial miliknya.
Momen hari bahagia Aazief dan Izza itu dikongsikan di Instagram Story milik Siti Nurhaliza sebentar tadi yang turut mengucapkan rasa syukur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Apa B*doh Punya Komen" - Jarang 'Upload' Gambar Si Kakak, Isteri Caprice Didakwa Pilih Kasih Soal Anak
The post Wajah Seiras Tengku Zawyah, Kenali Menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza – “Manis Wajah, Sopan Santun..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


