“Wajar Dijadikan Ibrah” – Menteri Agama Komen Tindakan Jep Sepahtu Bayar Zakat Hampir RM2 Juta

LocalBusiness & Finance
13 Oct 2026 • 9:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Jep Sepahtu membayar kira-kira RM1.935 juta zakat sepanjang 10 tahun dari 2016 hingga 2025.

  • Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan menyifatkan tindakan Jep sebagai teladan dan inspirasi kepada golongan asnaf.

  • Rekod pembayaran dikongsi Jep sebagai usaha menegakkan ketelusan dan menangkis fitnah, bukan untuk berbangga.

  • Bayaran zakat tahunan Jep berdasarkan resit yang dikongsikan adalah antara RM50,000 hingga RM300,000.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan pelawak Jep Sepahtu yang menunaikan kewajipan membayar zakat berjumlah kira-kira RM1.935 juta sepanjang tempoh 10 tahun.

Advertisement

Menerusi hantaran di Facebook, Zulkifli menyifatkan tindakan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin sebagai satu teladan yang wajar dicontohi masyarakat, khususnya dalam membantu golongan asnaf.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Sdra. Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua.”

Dikongsi Untuk Tegakkan Ketelusan

Menurut Zulkifli, perkongsian rekod pembayaran zakat untuk tempoh sedekad itu membuktikan keberanian Jep dalam mempertahankan integriti serta menangkis fitnah.

“Langkah beliau berkongsi rekod pembayaran zakat dari tahun 2016 hingga 2025 yang mencecah kira-kira RM1.935 juta merupakan satu tindakan berani demi menegakkan ketelusan, mempertahankan integriti, dan menangkis fitnah, sekali gus membuktikan pelaksanaannya secara telus berlandaskan kewajipan agama.”

Beliau turut menjelaskan bahawa zakat bukan sekadar berperanan menyucikan harta, malah membantu memperkukuh ekonomi serta meringankan beban golongan yang memerlukan.

View this post on Instagram

“Ia mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf.”

Jep Kongsi Rekod Bayaran Zakat

Pada 8 Oktober lalu, Jep berkongsi bukti pembayaran zakat perniagaannya bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang dibuat secara tahunan.

Menurut Jep, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk berbangga dengan jumlah yang dibayar, sebaliknya bagi menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

Berdasarkan resit yang dikongsikan, jumlah bayaran zakat Jep bagi setiap tahun adalah antara RM50,000 hingga RM300,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Wajar Dijadikan Ibrah” – Menteri Agama Komen Tindakan Jep Sepahtu Bayar Zakat Hampir RM2 Juta2026-10-08 10:39:04

"Anak Ke-6 Baru Lahir Ogos, Fokus Yang Tu Dulu" - Pendakwah Aiman Banna Cari Isteri Ke-3, Isteri Turut Iklan Pencarian Namun Dikecam

The post “Wajar Dijadikan Ibrah” – Menteri Agama Komen Tindakan Jep Sepahtu Bayar Zakat Hampir RM2 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved