Wajar tubuh RCI baharu teliti pengurusan TH 2021 – 2026

LocalPolitics
17 Aug 2026 • 12:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wajar tubuh RCI baharu teliti pengurusan TH 2021 – 2026

KUALA NERUS:  Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) yang meliputi 2014 hingga 2020 wajar dilanjutkan bagi meneliti pelbagai isu yang timbul selepas tempoh berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, RCI baharu wajar ditubuhkan bagi menyiasat pengurusan dan urus niaga TH bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan pembelian dan penjualan yang dilaporkan berlaku pada 2022 dan tahun-tahun berikutnya yang perlu diberikan perhatian.

“Saya menyokong bahawa RCI Tabung Haji patut dilanjutkan kepada tahun 2021 hingga 2026, bukan hanya 2014 hingga 2020. Banyak lagi isu yang timbul, misalnya pada 2022 ada dalam akhbar hari ini macam-macam isu pembelian dan penjualan. Jadi, elok kalau ada lagi satu RCI.

“Saya sokonglah kalau ada satu lagi RCI bagi tempoh 2021 hingga 2026,” katanya selepas Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu kepada Kementerian Pendidikan yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal di sini, hari ini.

Ahmad berkata, pendirian rasmi berkaitan cadangan RCI tambahan itu juga mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung, Jumaat ini.

Katanya, mesyuarat MKT pada 28 Ogos itu dijangka membincangkan pelbagai perkara termasuk isu berkaitan Pilihan Raya Negeri Melaka serta RCI Tabung Haji.

Semalam, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencadangkan supaya RCI baharu diwujudkan bagi tempoh 2021 hingga 2025 berikutan siasatan sedia ada hanya meliputi tempoh 2014 hingga 2020.

Mereka berpandangan RCI baharu itu perlu dilaksanakan bagi menyiasat pengurusan TH serta pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah kewangan dan pengurusan institusi berkenaan.

Kerajaan ketika ini menyerahkan pendedahan laporan RCI TH kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan penuh berdasarkan dapatan serta maklumat yang terdapat dalam laporan berkenaan. – UTUSAN

 

The post Wajar tubuh RCI baharu teliti pengurusan TH 2021 – 2026 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved