Wajib pilih Sabah Sarawak! KKM serius tangani jurang pegawai perubatan

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 3:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik ke jawatan tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu daripada tiga pilihan penempatan di Sabah atau Sarawak menerusi sistem e-placement 2.0.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah ini pertama kali dilaksanakan sebagai usaha serius kerajaan menangani ketidakseimbangan agihan tenaga kerja kesihatan antara Semenanjung dan Borneo.

“Jadi, mewajibkan satu daripada tiga itu mesti diletakkan pilihan Sabah dan Sarawak. Yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

image is not available

Wajib pilih Sabah Sarawak – KKM

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Richard Rapu (GPS-Betong) mengenai langkah mengurangkan jurang penempatan doktor, pakar dan jururawat antara wilayah.

KKM turut menetapkan kuota penempatan tetap: 650 pegawai perubatan di Sarawak dan 310 di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan di dua negeri itu sebanyak 42.7 peratus daripada 2,248 pegawai yang baru ditempatkan.

image is not available

Sehingga 31 Mac lalu, seramai 1,002 pegawai perubatan kontrak telah ditempatkan di Sabah dan 937 di Sarawak bagi menampung keperluan fasiliti kesihatan awam.

Bagi jangka panjang, Dzulkefly berkata KKM menyokong biasiswa kerajaan negeri untuk pelajar bidang perubatan, serta memberikan merit tambahan bagi mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Merit ini dijadikan satu weightage, satu pemberat tambahan dalam skala pemarkahan calon untuk mendapatkan biasiswa ini,” katanya lagi.

image is not available

Mengenai kadar pengekalan pegawai perubatan dalam sektor awam, Dzulkefly menjelaskan bahawa lebih 13,552 pegawai kontrak telah diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun lalu.

Katanya, pindaan terhadap Akta Perubatan juga memberi laluan kepada pengiktirafan sistem kepakaran parallel pathway dan program sarjana perubatan, yang menjadi insentif untuk doktor kekal berkhidmat dengan kerajaan.

Sumber: BERNAMA