Proses menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Bahkan ia memerlukan motivasi dan disiplin yang tinggi buat seseorang kekal konsisten untuk mendapatkan hasilnya.
Khairul Aming turun berat badan 24 kg dalam masa setahun
Terbaharu influencer dan usahawan, Khairul Aming telah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 24 kilogram (kg) dalam masa setahun.
Menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan sambal itu, kelihatan dia menunjukkan setiap satu perjalanan dalam menjaga badannya dengan melakukan senaman setiap hari di gim.
Disiplin jaga makan dan pergi bersenam setiap hari
Dalam video tersebut, KA turut menunjukkan keadaan perut yang buncit setahun lalu serta keadaan sekarang yang kelihatan lebih sihat, berotot dan tidak lagi sama seperti sebelum ini.
Kata KA meskipun penat dengan tugasan harian sejak dari tahun lalu namun dia mewajibkan diri untuk ke gim pada setiap hari selain menjaga makan.
“Bermula dari zaman bina rembayung, shoot video puasa, sampai ke launching Sambal Nyet Bilis, tetap eat clean (diet) dan bersenam. Ni hasil selepas setahun jaga disipin,” katanya.
View on Threads
Ramai terinspirasi perkongsian Khairul Aming disiplin jaga makan dan bersenam
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian video daripada usahawan itu secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada orang lain untuk mengubah gaya hidup mereka kepada yang lebih sihat.
Selain itu, ramai yang turut mengatakan influencer itu sememangnya patut dijadikan idola kerana tidak hanya memberi inspirasi dari segi kejayaan dalam dunia perniagaan tetapi turut mempengaruhi rakyat Malaysia menjaga kesihatan.
Tidak kurang ada yang berseloroh dengan mengatakan tidak sangka KA secara senyap-senyap mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam untuk kuruskan badan dalam masa sama berkongsi resipi masakan yang sedap sehingga orang ramai makan nasi bertambah.
“Pergh makin kacak dan sado”
![Image from: “Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/KA-turun-24-kg-1.jpg)
“Idola betul lah KA ni”
![Image from: “Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/KA-turun-24-kg-2.jpg)
“Mesti KA dah ada target audience kan?”
![Image from: “Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/KA-turun-24-kg-3.jpg)
“KA pun dah kurus senyap-senyap, kita ni tak kurus-kurus canang dekat orang cut sugar bagai”
![Image from: “Wajibkan Pergi Gim Setiap Hari & Jaga Makan”- Ramai Terinspirasi Khairul Aming Kongsi Turun Berat 24 Kg Dalam Masa Setahun [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/KA-turun-24-kg-4.jpg)



