
Wakil calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, J. Samivel, meninggal dunia dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.
Berita duka itu turut dikongsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook.
Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan tersebut.
Menurutnya, Samivel yang juga Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah telah lama berkhidmat dan setia dengan perjuangan parti.
“Saya menerima khabar duka dari Melaka. Saudara Samivel, wakil calon HARAPAN bagi DUN Asahan telah terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.
“Sebagai Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan.
“Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Baca juga:
Jasa Bukan Alasan Biarkan Sesiapa Rompak Harta Rakyat, Negara - Anwar
PM Anwar Tidak Perlu Tunduk Tekanan UMNO Untuk Bubarkan Parlimen, Kata Anthony Loke
Anwar berkata, beliau bersama Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut mendoakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.
“Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini,” katanya.





