Wakil rakyat Bersatu keluar parti perlu bayar RM10 juta

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 7:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wakil rakyat Bersatu keluar parti perlu bayar RM10 juta

PETALING JAYA: Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang meninggalkan parti atau beralih ke parti lain didakwa terikat dengan sumpah dan baiah untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan atau membayar RM10 juta kepada parti.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, berdasarkan kandungan sumpah dan baiah berkenaan, ahli-ahli Bersatu turut berikrar untuk mematuhi Perlembagaan, dasar serta arahan parti.

“Sumpah dan baiah itu turut menyatakan bahawa mana-mana ahli yang meninggalkan parti atau menyertai parti lain akan dilaknat Allah, Rasul dan orang beriman, selain segala perbe­lanjaan menggunakan elaun sebagai Ahli Dewan disifatkan sebagai haram.

“Dalam sumpah dan baiah itu, ahli berkenaan turut berikrar untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan atau membayar RM10 juta kepada Bersatu sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

“Tazkirah dan ingatan kepada mereka yang terbabit, kalau mereka ada yang membaca lafaz sumpah dan baiah ini,” katanya dalam kenyataan.

Peringatan Tun Faisal ini dipercayai merujuk penguguman seorang pemimpin Bersatu yang memberi bayangan akan meninggalkan parti setelah 10 tahun sebagai anggota. – UTUSAN

The post Wakil rakyat Bersatu keluar parti perlu bayar RM10 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved