Wakil rakyat Meru giat laksana program ziarah, bantu daftar insentif negeri

9 Jan 2024 • 4:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 9 JAN: Wakil rakyat Meru giat mengumpul maklumat golongan kurang berkemampuan di kawasan tersebut sebelum melakukan lawatan secara berperingkat bagi menghulurkan bantuan.

Mariam Abdul Rashid berkata selain menyampaikan sumbangan, pihaknya turut menyemak kelayakan untuk menerima bantuan negeri, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita akan menziarahi sekurang-kurangnya lima keluarga seminggu setiap Jumaat. Kita hulur bantuan wang tunai, bakul makanan rahmah dan juga keperluan lain seperti kerusi roda.

“Selepas itu kita semak nama mereka sama ada layak menerima bantuan negeri, LZS atau JKM. Jika layak kita akan bantu daftarkan,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut menyeru penduduk DUN Meru supaya menyampaikan maklumat kepada pusat khidmat masyarakat jika terdapat keluarga yang memerlukan bantuan.

“Segera menyampaikan maklumat mengenai orang susah, sakit atau memerlukan bantuan kepada pusat khidmat. Insya-Allah kita akan cuba bantu atau ringankan beban mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved